Selasa, 21 April 2009

PENANGUHAN MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN & MAJLIS MENGENANG JASA PENGASAS

mohon maklum bahawa majlis MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN & MAJLIS MENGENANG JASA PENGASAS yang sepatutnya diadakan pada 26 April 2009 adalah ditangguhkan kepada Sabtu, 9 Mei 2009. Aturcara program adalah kekal seperti asal. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan

Harap Maklum

Ahad, 12 April 2009

SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT

SURAT MAKLUM

SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT

Adalah dengan hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati dan rendah diri ingin memohon kerjasama serta menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaya dan memeriahkan majlis ini.

Majlis akan diadakan seperti ringkasan berikut :

Tarikh : Ahad, 26 April 2009

Tempat : Puteri Central Park & Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang

Masa : 2.00 petang- 12.00 malam

(Mohon dirujuk lampiran penuh aktiviti program yang terlampir)

Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN dan YBhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail, Presiden KEADILAN serta sebahagian besar para pengasas KEADILAN sewaktu awal penubuhannya pada 4 April 1999.

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat-amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh berhubung terus dengan Pengerusi, Wan Jusoh Wan Kolok di talian 019-2263277, Pengarah Sambutan, Sdr Zulrusdi Mohamad Hol di talian 016-2277559 atau Setiausaha Sambutan, Sdr. Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh di talian 016-2193920.

Mohon diwawarkan. Kami juga mengalu-alukan sebarang bantuan yang dihulur.Sekian, terima kasih.



MASA

AKTIVITI

2.00 petang

Gerai Jualan dibuka

Puteri Central Park

4.00 petang

Perasmian Gerai Jualan

Ybhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Ismail, Presiden KEADILAN

7.00 mlm

SOLAT MAGHRIB, TAZKIRAH MAGHRIB & SOLAT ISYA’ BERJEMAAH

Tempat : Masjid Bandar Tasik Puteri

Pengendali : Ust. Dr. Badrulamin Bahron

9.00 mlm

Makan Malam & Ceramah Umum

Tempat : Puteri Sentral Park

Pengerusi :

Tn. Hj. Omar Jaafar

Penceramah :

1. Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Nor Manuty, AMT KEADILAN

Tajuk : ‘Melakari Sejarah Awal Penubuhan Keadilan’

2. YBhg. Tn. Hj. Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden

Tajuk : ‘Cabaran Kepada KEADILAN di Peringkat Awal’

3. YB. Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN

Tajuk : ‘Umum’

4. YB Dato’ Seri Anwar bin Dato’ Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN

Tajuk : ’Umum’

11.40 mlm

Majlis Penutup

· Keahlian Baru KEADILAN Bandar Tasik Puteri

· Cenderamata Kepada Para Pengasas