Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 21 April 2009
PENANGUHAN MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN & MAJLIS MENGENANG JASA PENGASAS
Terima kasih atas sokongan dan dorongan
Harap Maklum
Ahad, 12 April 2009
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT
SURAT MAKLUM
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT
Adalah dengan hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati dan rendah diri ingin memohon kerjasama serta menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaya dan memeriahkan majlis ini.
Majlis akan diadakan seperti ringkasan berikut :
Tarikh : Ahad, 26 April 2009
Tempat : Puteri Central Park & Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Masa : 2.00 petang- 12.00 malam
(Mohon dirujuk lampiran penuh aktiviti program yang terlampir)
Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN dan YBhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail, Presiden KEADILAN serta sebahagian besar para pengasas KEADILAN sewaktu awal penubuhannya pada 4 April 1999.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat-amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh berhubung terus dengan Pengerusi, Wan Jusoh Wan Kolok di talian 019-2263277, Pengarah Sambutan, Sdr Zulrusdi Mohamad Hol di talian 016-2277559 atau Setiausaha Sambutan, Sdr. Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh di talian 016-2193920.
Mohon diwawarkan. Kami juga mengalu-alukan sebarang bantuan yang dihulur.Sekian, terima kasih.
MASA | AKTIVITI |
2.00 petang | Gerai Jualan dibuka Puteri Central Park |
4.00 petang | Perasmian Gerai Jualan Ybhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Ismail, Presiden KEADILAN
|
7.00 mlm | SOLAT MAGHRIB, TAZKIRAH MAGHRIB & SOLAT ISYA’ BERJEMAAH
Tempat : Masjid Bandar Tasik Puteri Pengendali : Ust. Dr. Badrulamin Bahron
|
9.00 mlm | Makan Malam & Ceramah Umum Tempat : Puteri Sentral Park
Pengerusi : Tn. Hj. Omar Jaafar
Penceramah :
1. Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Nor Manuty, AMT KEADILAN Tajuk : ‘Melakari Sejarah Awal Penubuhan Keadilan’ 2. YBhg. Tn. Hj. Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden Tajuk : ‘Cabaran Kepada KEADILAN di Peringkat Awal’ 3. YB. Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN Tajuk : ‘Umum’ 4. YB Dato’ Seri Anwar bin Dato’ Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN Tajuk : ’Umum’
|
11.40 mlm | Majlis Penutup · Keahlian Baru KEADILAN Bandar Tasik Puteri · Cenderamata Kepada Para Pengasas |