Khamis, 25 April 2013

Dato' Saifuddin Nasution Ismail di BTP 27 April 2013

Pihak Bilik Gerakan Utama PR BTP berbesar hati untuk menjemput semua warga besar BTP untuk bersama-sama dengan Setiausaha Agung KEADILAN, Dato' Saifuddin Nasution Ismail serta calon-calon KEADILAN Selayang dan Kuang pada Sabtu, 27 April 2013 jam 5 petang di Kanopi BGU PR di Medan Puteri.


INI KALI LAH!!!



Calon KEADILAN N13 Kuang Dapat Sambutan Hangat di BTP



Rabu, 24 April 2013

Jadual Tengku Maraziyah di BTP 24 April


Calon Pakatan Rakyat / KEADILAN bagi N13 Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman akan bersama-sama dengan penduduk di BTP pada 24 April 2013 bermula jam 5.30 petang. Beliau akan bertemu dengan para penduduk di beberapa lokasi sekitar BTP.

Bagi rakan-rakan BTP & kawasan sekitar yang ingin beramah-mesra dengan Tengu Maraziah, beliau akan berada di Medan Puteri (6-7 ptg), Surau Assidiqin (Solat Maghrib), Masjid BTP (Solat Isya')  Kemudiannya beliau akan ke Pasar Malam BTP Medan Puteri untuk menyantuni para penduduk. Selepas itu, beliaua akan berada di Bilik Gerakan Utama PR BTP untuk sesi ramah mesra bersama penduduk & pendokong PR.

Jumpa di sana .... In Shaa Allah

Ini Kalilah! Pertahan Selangor, Ambilalih Putrajaya!


Ceramah Anwar Ibrahim di KUANG... Ini kalilah!!!


Pentadbiran Pakatan telus, pelabur yakini Selangor




Ketelusan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat punca keyakinan kelompok perniagaan dari dalam dan luar negara untuk terus melabur di negeri ini, kata Menteri Besar kerajaan sementara Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Poll Terbaru BN Selangor


Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor , maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.

Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.

PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.

Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.

Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA

Gelombang Sokongan Rakyat Makin Kuat Di Selayang


SELAYANG, 20 APRIL: Gelombang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat(PR) makin kuat di Selayang berdasarkan kecemerlangan pentadbiran dan pelbagai program yang diaturkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Calon Parlimen Selayang, William Leong(PKR) berkata, rakyat dapat merasai perbezaan ketara di bawah pentadbiran PR Selangor yang dilihat lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding Umno-BN.

“Saya yakin rakyat telah buka mata dengan satu keyakinan bahawa Kerajaan PR boleh memerintah dengan baik, jujur dan telus.