Rabu, 24 April 2013

Pentadbiran Pakatan telus, pelabur yakini Selangor




Ketelusan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat punca keyakinan kelompok perniagaan dari dalam dan luar negara untuk terus melabur di negeri ini, kata Menteri Besar kerajaan sementara Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



"Dalam lima tahun, jumlah pelaburan luar dan dalam negara melebihi RM 50 bilion. Ini angka tertinggi di Malaysia. Bandingkanlah dengan Johor atau Pahang, kita dah buktikan dengan angka.

"Kita dah buktikan kita boleh perintah lebih baik daripada BN. Angka menunjukkan ekonomi (Selangor) tak jatuh.

"Kita tunjukkan kestabilan pengurusan," kata Khalid di hadapan lebih 10,000 pada majlis pengumuman calon KEADILAN Selangor di Padang Awam AU2, Keramat malam tadi.

Katanya, keyakinan pelabur terhadap kerajaan Pakatan Rakyat semakin kukuh dengan kelulusan Akta Kebebasan Maklmat (FOIA) di Dewan Undangan Negeri Selangor pada April 2011.

"Orang 'bisnes' tahu kita tak ambil duit. Kita jaga mereka untuk buat perniagaan Kalau perniagaan itu betul, ia senang dibuat di Selangor.

"Boleh periksa 'computer record'. Kalau RM 90 juta disalur kepada warga emas. dia boleh isi borang (untuk periksa). Ada kebebasan maklumat.

"Sebab itu Najib sangat takut. Kalau (BN) menang di Putrajaya, tapi tak menang di Selangor, 'macam ada badan tapi tak ada tangan', kata Khalid melucu disambut ketawa hadirin.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih KEADILAN pada pilihan raya umum ke-12 dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat rakyat untuk mentadbir negeri paling kaya di Asia Tenggara ini.

Malah katanya, pegawai kerajaan negeri kini selesa bekerja dan melaksanakan dasar pro-Reformasi kerana mereka melihat sendiri manfaat yang diperolehi rakyat Selangor.

"Dulu orang tak berani beri pada KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Sebenarnya saya pun malu pada saudara-saudara sebab pilih dan beri tanggungjawab ini.

"Jadi saya kena kerja tujuh hari seminggu dan lakukan selama lima tahun. Saya kena kerja dengan amanah dan tak boleh tipu rakyat," kata Khalid disambut tepukan gemuruh hadirin.

Khalid dicalonkan di kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang, manakala kerusi N11 DUN Ijok yang disandangnya ditandingi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan