
Semua Dijemput Hadir
Ahli Penal :
Prof Dr Mohd Nor Nawawi (Moderator)
Tn Hj Mustafa Kamil Ayub
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin
YB Yusmadi Yusof
Pidato : YB Dato' Seri Dr. Anwar bin Ibrahim
SURAT MAKLUM
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT
Adalah dengan hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati dan rendah diri ingin memohon kerjasama serta menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaya dan memeriahkan majlis ini.
Majlis akan diadakan seperti ringkasan berikut :
Tarikh : Ahad, 26 April 2009
Tempat : Puteri Central Park & Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Masa : 2.00 petang- 12.00 malam
(Mohon dirujuk lampiran penuh aktiviti program yang terlampir)
Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN dan YBhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail, Presiden KEADILAN serta sebahagian besar para pengasas KEADILAN sewaktu awal penubuhannya pada 4 April 1999.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat-amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh berhubung terus dengan Pengerusi, Wan Jusoh Wan Kolok di talian 019-2263277, Pengarah Sambutan, Sdr Zulrusdi Mohamad Hol di talian 016-2277559 atau Setiausaha Sambutan, Sdr. Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh di talian 016-2193920.
Mohon diwawarkan. Kami juga mengalu-alukan sebarang bantuan yang dihulur.Sekian, terima kasih.
| MASA | AKTIVITI |
| 2.00 petang | Gerai Jualan dibuka Puteri Central Park |
| 4.00 petang | Perasmian Gerai Jualan Ybhg Datuk Seri Wan Azizah Dato’ Ismail, Presiden KEADILAN
|
| 7.00 mlm | SOLAT MAGHRIB, TAZKIRAH MAGHRIB & SOLAT ISYA’ BERJEMAAH
Tempat : Masjid Bandar Tasik Puteri Pengendali : Ust. Dr. Badrulamin Bahron
|
| 9.00 mlm | Makan Malam & Ceramah Umum Tempat : Puteri Sentral Park
Pengerusi : Tn. Hj. Omar Jaafar
Penceramah :
1. Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Nor Manuty, AMT KEADILAN Tajuk : ‘Melakari Sejarah Awal Penubuhan Keadilan’ 2. YBhg. Tn. Hj. Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden Tajuk : ‘Cabaran Kepada KEADILAN di Peringkat Awal’ 3. YB. Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN Tajuk : ‘Umum’ 4. YB Dato’ Seri Anwar bin Dato’ Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN Tajuk : ’Umum’
|
| 11.40 mlm | Majlis Penutup · Keahlian Baru KEADILAN Bandar Tasik Puteri · Cenderamata Kepada Para Pengasas |
| | |
| Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud "tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami" Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh: Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil; Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah; Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan; Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu; Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya; Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya; Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan. Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang. Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi. Permatang Pauh 12 September 1998 |