Selasa, 10 Ogos 2010

Seminar Ekonomi Perspektif Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan mengadakan satu program 'Seminar Ekonomi Perspektif Muda' pada 14 Ogos 2010 bermula jam 7.45 pagi sehingga 5.30 petang di Wisma MBSA, Shah Alam.

Penganjuran seminar merupakan satu pendekatan proaktif oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan mendengar sendiri pandangan dan pendapat golongan profesio...nal dari kalangan muda terutamanya dalam isu-isu berkaitan ekonomi, pentadbiran, dasar dll di peringkat negeri mahupun nasional.

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada mereka yang berumur 35 tahun dan kebawah. Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14 .

Agenda:

1. Ucapan alu-aluan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

2. Para peserta kemudiannya akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan khusus yang diketuai oleh seorang YB selaku moderator.

3. Seminar akan dibahagikan kepada tiga sesi diskusi bagi membincangkan topik-topik yang berikut:

a. Pembangunan ekonomi
- Mengenalpasti konsep kebijakan ekonomi yang baik untuk membela yang tertindas dan menjamin keadilan selaras dengan ‘Agenda Ekonomi Malaysia’

b. Pentadbiran/Demokrasi
- Melihat sejauh manakah usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam memastikan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab serta mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan di masa akan datang

c. Pendidikan/Masa Depan
- Menilai kepentingan meritokrasi dan pembentukan sahsiah diri dalam sistem pendidikan bagi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang

4. Peserta akan dirotasikan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih menyeluruh.

5. Sesi Dialog bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta bertanyakan dan memberi pendapat secara terus kepada beliau.

6. Di penghujung seminar, peserta akan menyerahkan resolusi hasil perbincangan seminar kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai dan diserapkan ke dalam dasar ekonomi Kerajaan Negeri.

-----------------

Mereka yang memiliki iltizam mahu mengangkat perspektif golongan muda bolehlah menyertai seminar ini dengan mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan