Rabu, 24 April 2013

Keputusan PRu 12 Untuk Parlimen Selayang & DUN-DUN di bawahnya


BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PRU 12 (2008) LALU

P97 SELAYANG
Jumlah Pengundi: 79,557
Peratusan Kaum: M:44.79% C:38.24% I:16.23% L:0.73%
1. William Leong Jee Keen (PKR) (30,701)
2. Koh Swe Yong (PRM) (1,332)
3. Lee Li Yew (BN) (27,134)
Majoriti: 3,567
Jumlah undi: 60,673
Peratus mengundi: 76.26%
Undi rosak: 1,506
Penyandang: Datuk Seri Chan Kong Choy (BN)
(Majoriti: 23,226 undi)


N13 KUANG
Jumlah Pengundi: 17,557
Peratusan Kaum: M:56.2% C:26.1% I:17.5% L:0.3% 
1. Abdul Shukor Idrus (BN) (7,049) 
2. Badrulamin Bahron (PKR) (6,532) 
Majoriti: 517
Jumlah undi: 13,785
Peratus mengundi: 78.52%
Undi rosak: 204
Penyandang: Soohaimi Abdul Rahman (BN)
(Majoriti: 4,865 undi) 

Selasa, 10 Ogos 2010

Seminar Ekonomi Perspektif Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan mengadakan satu program 'Seminar Ekonomi Perspektif Muda' pada 14 Ogos 2010 bermula jam 7.45 pagi sehingga 5.30 petang di Wisma MBSA, Shah Alam.

Penganjuran seminar merupakan satu pendekatan proaktif oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan mendengar sendiri pandangan dan pendapat golongan profesio...nal dari kalangan muda terutamanya dalam isu-isu berkaitan ekonomi, pentadbiran, dasar dll di peringkat negeri mahupun nasional.

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada mereka yang berumur 35 tahun dan kebawah. Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14 .

Agenda:

1. Ucapan alu-aluan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

2. Para peserta kemudiannya akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan khusus yang diketuai oleh seorang YB selaku moderator.

3. Seminar akan dibahagikan kepada tiga sesi diskusi bagi membincangkan topik-topik yang berikut:

a. Pembangunan ekonomi
- Mengenalpasti konsep kebijakan ekonomi yang baik untuk membela yang tertindas dan menjamin keadilan selaras dengan ‘Agenda Ekonomi Malaysia’

b. Pentadbiran/Demokrasi
- Melihat sejauh manakah usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam memastikan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab serta mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan di masa akan datang

c. Pendidikan/Masa Depan
- Menilai kepentingan meritokrasi dan pembentukan sahsiah diri dalam sistem pendidikan bagi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang

4. Peserta akan dirotasikan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih menyeluruh.

5. Sesi Dialog bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta bertanyakan dan memberi pendapat secara terus kepada beliau.

6. Di penghujung seminar, peserta akan menyerahkan resolusi hasil perbincangan seminar kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai dan diserapkan ke dalam dasar ekonomi Kerajaan Negeri.

-----------------

Mereka yang memiliki iltizam mahu mengangkat perspektif golongan muda bolehlah menyertai seminar ini dengan mendaftar secara online di http://bit.ly/osea14

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR / SELANGOR ARAH JABATAN AUDIT NEGERI SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA SURAT SOKONGAN

KENYATAAN AKHBAR

29 JULAI 2010

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS

NAIKKAN TARIF AIR


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.
Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.
Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.
Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KENYATAAN AKHBAR

29 JULAI 2010

KERAJAAN SELANGOR ARAH JABATAN AUDIT NEGERI SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA SURAT SOKONGAN


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Audit Negeri menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kepala surat (letterhead) yang dijadikan sebagai surat sokongan untuk mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kerajaan Negeri telah meminta Pengarah Jabatan Audit Negeri, Datin Paduka Ungku Arfah Ungku Tahir untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh sebulan supaya mempunyai masa untuk meneliti semua surat-surat yang telah dikeluarkan dan menemubual pihak serta individu tertentu yang berkaitan.

Sementara menunggu penyelesaian siasatan oleh Jabatan Audit Negeri, saya telah menyarankan supaya Ahli Majlis MPK, En.Tee Boon Hock mengambil cuti dari jawatannya sehingga satu keputusan dibuat.

En Tee telah dimaklumkan mengenai saranan ini dan beliau sendiri dengan rela hati bersetuju dengan saranan ini.


Ingin saya tegaskan, Kerajaan Selangor tidak akan menghukum seseorang yang didakwa bersalah sehingga beliau benar-benar didapati telah melakukan kesalahan.

Dalam kes En Tee ini, beliau diminta bercuti sebagai Ahli Majlis MPK untuk tidak menganggu tugasnya di samping memudahkan siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya.

Sebagai Kerajaan Negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahguna kuasa yang diamanahkan.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Jumaat, 19 Februari 2010

PENANGGUHAN MAJLIS SOLAT HAJAT & SYARAHAN PERDANA 20 FEB 2010

Salam

Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan , majlis solat hajat & syarahan perdana yang sepatutnya diadakan pada Sabtu 20 Februari 2010 terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

JK Pelaksana

Kelab Penyokong KEADILAN & Komponen Pakatan Rakyat Bahagian Shah Alam

Sabtu, 13 Februari 2010

PERUBAHAN TARIKH SOLAT HAJAT & SYARAHAN PERDANA

MOHON MAKLUM BAHAWA TARIKH MAJLIS TELAH DIPINDA KE MAKLUMAN BERIKUT:

Tarikh : Sabtu , 20 Februari 2010
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor
Masa : 7.00 malam- 11.45 malam
Program : Solat Maghrib, Solat Isya’, Solat Hajat
& Syarahan Perdana
Penceramah : YAB Tn. Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

(Kepada Muslimin & Muslimat adalah dipohon untuk membawa sejadah sendiri)

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 10 Februari 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PERBICARAAN KES FITNAH II DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM & PERHIMPUNAN GEMA RAKYAT 2010

JEMPUTAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Penyokong KEADILAN akan mengadakan majlis seperti di atas pada :

SOLAT HAJAT PERDANA

Tarikh : Khamis , 18 Februari 2010
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor
Masa : 7.00 malam- 12.00 malam
Program : Solat Maghrib, Solat Isya’& Solat Hajat
Penceramah : YAB Tn. Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

GEMA RAKYAT 2010

Tarikh : Jumaat , 19 Februari 2010
Tempat : Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta
Masa : 10.00 pagi- 1.00 tengahari

mohon sebarkan ...

Jumaat, 3 Julai 2009

PIDATO DSAI di UNISEL, 9 Julai, 8 malam


Semua Dijemput Hadir

Ahli Penal :
Prof Dr Mohd Nor Nawawi (Moderator)
Tn Hj Mustafa Kamil Ayub
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin
YB Yusmadi Yusof

Pidato : YB Dato' Seri Dr. Anwar bin Ibrahim